Bekalan air Kampung Ayer Ganda kembali pulih
Iklan
Ahmad Faizal (dua, kiri) ketika sidang media memaklumkan bekalan air Kampung Ayer Ganda, Gerik kembali pulih seperti biasa.
IPOH - Penduduk di Kampung Ayer Ganda, Gerik boleh menarik nafas lega apabila bekalan air ke kawasan mereka yang terjejas sejak 9 April lalu pulih seperti sedia kala.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penduduk mula menikmati air tersebut kelmarin selepas bekalan yang disalurkan melalui pemasangan paip sepanjang 11.5 kilometer dari Loji Rawatan Air (LRA) Lawin siap dibina.
Menurutnya, pembinaan paip tersebut susulan penutupan LRA Ayer Ganda yang diarah tutup oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berikutan berlaku pencemaran logam arsenik pada sumber air mentah loji rawatan itu.
"Lembaga Air Perak (LAP) berjaya menyiapkan projek tersebut dalam tempoh lima minggu iaitu lebih awal dari tempoh pemasangan yang dirancang.
"Bagi membekalkan air dari LRA Lawin, LAP telah membelanjakan sebanyak RM1.32 juta untuk projek ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Digital Perak Corporation Berhad (DigitalPerak) di Bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC), Bandar Meru Raya, di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata, melalui paip baharu itu, penduduk kampung tersebut akan dapat menjalani ibadah puasa dan hari raya yang akan menjelang dengan selesa.
Sebelum ini, LAP membekalkan air terawat kepada lebih 1,500 penduduk Kampung Ayer Ganda, Gerik yang terjejas selepas penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Ganda melalui lori tangki dan tangki statik.
Mengikut perancangan asal, pembinaan paip air dari LRA dijangka akan disiapkan pertengahan bulan Jun 2019.
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>