Qismul Aulad bantu ibu bapa tarawih dengan tenang
Iklan
Antara aktiviti Qismul Aulad yang mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak.
KUALA TERENGGANU - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) di sini mewujudkan pusat aktiviti kanak-kanak atau dikenali sebagai Qismul Aulad yang berkonsepkan mesra kanak-kanak bagi membantu ibu bapa menunaikan solat tarawih lebih selesa.
Pengerusi MAMBS, Datuk Wan Mohd Albakri Mohd Nor berkata, Qismul Aulad dibahagi kepada dua kategori iaitu sudut nurseri bagi bayi berumur 6 bulan hingga 2 tahun dan sudut kanak-kanak pula untuk yang berumur 3 hingga 9 tahun.
Iklan
Iklan
"Sudut nurseri dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang dan ia kali pertama diadakan pada Ramadan tahun ini manakala bagi sudut kanak-kanak pula perkhidmatannya adalah percuma.
"Pelbagai aktiviti disediakan kepada kanak-kanak ini termasuk sesi bercerita bersama ummi, kraftangan, sesi teka teki dan ujian minda, melukis dan mewarna, tayangan slaid serta sesi pembelajaran akhlak dan nilai-nilai murni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Menurut Wan Mohd Albakri, pengurusan masjid sentiasa berusaha memberikan keselesaan kepada qariah termasuk ibu bapa untuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih dalam suasana tenang dan khusyuk tanpa gangguan bising anak-anak di dalam dewan solat.
"Perkhidmatan itu bermula dari jam 8.30 hingga 10.30 malam dan sambutan menggalakkan diterima daripada ibu bapa setakat dengan purata kanak-kanak antara 40 dan 60 orang yang menyertai Qismul Aulad setiap malam.
Iklan
"Melalui usaha murni ini, kita harap Qismul Aulad menjadi wasilah dalam menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak sama ada secara formal atau sebaliknya dan mengubah pemikiran sesetengah pihak yang menjadikan masjid tempat hanya untuk golongan dewasa,” katanya.
Qismul Aulad dimulakan sejak tahun 2016 dan Ramadan kali ini adalah kali keempat ia dilaksanakan.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.