Agong bersarapan dan menyantuni rakyat jelata

Iklan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berkunjung dan menikmati sarapan roti canai di Warung Roti Canai Pak Usop, Kg Sepakat hari ini.

Turut kelihatan pemilik Warung Roti Canai Pak Usop, Isa Bilal Long, 67, (dua, kiri).

Iklan
Iklan

Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah meluangkan masa kira-kira sejam untuk bersarapan dan menyantuni rakyat jelata yang berada di warung berkenaan.