Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Iklan
Johari - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Mei hingga 15 Jun lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Parlimen di sini, pada Isnin.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, akta-akta berkenaan ialah Akta Kewangan 2023, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.
"Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan 2023, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, Akta Penerangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023.
Iklan
"Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023, Akta Tenaga Pemboleh Baharu (Pindaan) 2023, Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2023, Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2023," katanya.
Sementara itu, Johari berkata, beliau telah menerima perutusan daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung sembilan rang undang-undang untuk pindaan akta diluluskan tanpa pindaan dalam persidangan Dewan Negara yang lepas.
Iklan
Rang undang-undang tersebut melibatkan Insolvensi (Pindaan) 2023, Akta Percetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023, Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2023, Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2023 dan Kesihatan Mental (Pindaan) 2023.
Rang undang-undang yang lain ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023, Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023, Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari (Pindaan) 2023 dan Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) (Pindaan) 2023. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>