BN berdepan ketakutan melampau di Pelangai - Pas Pahang
Iklan
Rosli
BENTONG - Barisan Nasional (BN) disifatkan berdepan ketakutan melampau di Pelangai kerana bimbang gelombang penolakan pengundi menjelang hari pengundian esok.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, kegusaran parti lawan itu semakin ketara apabila terdapat dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) akan melompat parti kepada Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
Menurutnya, senario Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai kali ini memberi tekanan kepada BN apabila pengundi seperti memberikan isyarat bahawa mereka akan melakukan perubahan.
"BN takut kalah dan PH pula ingin menunjukkan bahawa gabungan mereka bersama BN dapat membantu kemenangan.
Iklan
"Kalau kalah Pelangai ertinya DAP-PH tidak ada nilai tambah sebaliknya hanya menjadi sebab penolakan orang Melayu Pelangai kepada BN," katanya pada Jumaat.
ADUN Tanjung Lumpur itu turut memaklumkan kerusi Pelangai belum pernah dimenangi sejak tahun 1986.
Iklan
Ujarnya, namun kali ini BN kelihatan sangat menggelabah kerana PRK kali ini, BN dikatakan berhadapan dengan penolakan rakyat di seluruh Malaysia khususnya orang Melayu.
"BN hadapi krisis hilangnya keyakinan rakyat, setelah Presidennya (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pernah bersumpah 'No Anwar, No DAP'.
"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, tindakan ini menjadikan UMNO dilihat oleh orang Melayu sebagai parti yang mengkhianati perjuangan orang Melayu. UMNO berada dalam senario orang Melayu tidak dapat menerima DAP," jelas beliau lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>