Agrobank umum pengecualian caj transaksi DuitNow QR

Iklan
Agrobank

SHAH ALAM - Agrobank mengumumkan pengecualian caj ke atas peniaga yang menggunakan platform kod Duitnow QR untuk membuat pembayaran bermula 1 Oktober hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ia melibatkan semua peniaga di bawah rangkaian bank tersebut termasuk pengguna baru.

Iklan
Iklan

"Semua peniaga boleh terus menggunakan perkhidmatan pembayaran Duitnow QR tanpa ragu seperti sediakala.

Tengku Ahmad Badli Shah

Iklan
"Apa yang pasti, sebarang perubahan akan dimaklumkan terdahulu lebih awal kepada peniaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada 28 September melaporkan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.

Iklan

Menurutnya, jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah menjelaskan, tindakan pihaknya melaksanakan penecualian itu bertujuan untuk memastikan peniaga dapat terus menikmati perkhidmatan DuitNow QR.

"Ia juga bagi memberi kesedaran sambil mewujudkan keselesaan terhadap para pengguna Perbankan Mudah Alih AGRONet untuk terus menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin dan menggunakan DuitNow QR untuk sebarang urusan pembayaran secara tanpa tunai.

"Kami juga telah mewujudkan kempen DuitNow QR Biz Tanpa Tunai bermula 1 Oktober hingga 31 Januari depan,” ujarnya.