Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Iklan
Bursa Malaysia menyaksikan dagangan bercampur-campur pada pagi Khamis ketika sentimen berhati-hati. Foto hiasan
BURSA Malaysia menyaksikan dagangan bercampur-campur pada pagi Khamis ketika sentimen berhati-hati walaupun Wall Street meningkat dalam dagangan semalaman, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.04 mata kepada 1,413.80 daripada paras 1,415.84, semalam.
Iklan
Iklan
Sewaktu dibuka, indeks itu turun 2.40 mata pada 1,413.44.
Di pasaran meluas sebaliknya menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 155 berbanding 138 manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,741 tidak diniagakan dan 15 digantung dagangannya.
Iklan
Jumlah dagangan sebanyak 173.19 juta unit bernilai RM71.21 juta.
Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi Wall Street yang lebih positif semalaman dijangka mengundang minat belian ke atas bursa, terutama sektor teknologi manakala sektor tenaga akan berada di bawah tekanan berikutan kejatuhan harga minyak mentah Brent.
Iklan
Pada masa sama, katanya, pelabur masih dalam kedudukan bertahan menjelang pengumuman Belanjawan 2024 minggu depan dan lebih menumpukan pemangkin domestik dalam masa terdekat susulan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu.
"Berikutan itu, aktiviti dagangan juga boleh membabitkan dalam sektor pembinaan, bahan binaan serta hartanah,” katanya.
Prestasi awal saham wajaran tinggi seperti Maybank tidak berubah pada RM8.73, Public Bank naik satu sen kepada RM4.06, CIMB menokok dua sen kepada RM5.42, Tenaga Nasional turun tiga sen kepada RM9.93 dan Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM7.05.
Bagi saham aktif, KNM dan Tanco masing-masing naik setengah sen kepada 17 sen dan 55 sen, Ekovest meraih 1.5 sen kepada 55 sen dan Sarawak Consolidated naik satu sen kepada 48.5 sen manakala Bumi Armada turun setengah sen kepada 53.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 9.10 mata kepada 10,484.73, Indeks FBMT 100 berkurangan 10.60 mata kepada 10,154.15 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 22.08 mata kepada 10,760.0.
Indeks FBM ACE turun 2.86 mata kepada 5,117.56 manakala Indeks FBM 70 pulih 3.23 mata kepada 13,999.93.
Selain itu, bagi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata kepada 169.89, Indeks Tenaga naik 9.73 mata kepada 848.32 manakala Indeks Perladangan merosot 18.46 mata kepada 6,807.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.54 mata kepada 15,844.67. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>