Tujuh maut terhidu karbon monoksida di China

Iklan
Tujuh dilaporkan maut akibat sesak nafas dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang pemprosesan jagung di Kampung Xingping di daerah Wutai di wilayah Shanxi di utara China pada Selasa. - Gambar hiasan

TAIYUAN - Tujuh dilaporkan maut akibat sesak nafas dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang pemprosesan jagung di Kampung Xingping di daerah Wutai di wilayah Shanxi di utara China pada Selasa, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida, menurut pihak berkuasa tempatan.

Iklan
Iklan

Insiden itu bermula pada petang Selasa apabila seorang daripada mangsa memasuki lubang tempat kemudahan pengeringan kilang yang sudah tidak digunakan lagi sejak awal tahun.

Mangsa kemudian gagal dikesan.

Iklan

Berikutan itu, enam lagi rakannya cuba memasuki lubang untuk membantu, sebelum kesemuanya mengalami sesak nafas.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan dikejarkan ke hospital sebelum kesemua mangsa disahkan meninggal dunia. - Bernama-Xinhua

Iklan