Syarikat Bumiputera diingatkan tidak berganjak matlamat asal - PM
Iklan
Anwar ketika berucap di MSAM 2023 yang diadakan di Setia Fontaines, Bertam pada Ahad.
KEPALA BATAS - Syarikat-syarikat khususnya yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera diingatkan supaya tidak terlepas atau berganjak daripada matlamat asal iaitu untuk menyelamatkan bumiputera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, syarikat-syarikat berkaitan juga diingatkan agar tidak mengambil jalan mudah dengan menjual aset-aset dimiliki untuk menyelamatkan syarikat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, syarikat-syarikat itu perlu diuruskan dengan cekap tanpa melupakan matlamat asal penubuhannya dengan tumpuan terarah kepada paksi kepentingan bumiputera dan masyarakat.
Beliau berkata, syarikat yang ada kini telah beralih kepada soal keuntungan, kesan daripada perubahan pengurusan dan faktor-faktor lain.
Iklan
"Sebelum ini, bila kerugian bertambah, maka aset dijual. Maka, ia mula melalui proses untuk diselamatkan oleh kerajaan dan sebagainya. Semua ini berganjak daripada matlamat asal kerana syarikat diuruskan dengan lemah," katanya menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines di sini pada Ahad.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang serta orang kenamaan lain.
Iklan
Anwar berkata, tindakan menjual aset itu disebabkan kelemahan urus tadbir dan tatakelola syarikat yang lemah sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran selain kelemahan pengurusan yang disifatkan tidak bijak serta tidak waras.
"Apa-apa pun yang berlaku, saya minta pengurusan yang ada sekarang sama ada di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad) atau Khazanah dan syarikat kerajaan Persekutuan dan negeri harus ingat bahawa pertamanya pengurusan harus sangat cekap.
"Keduanya, dalam apa jua keputusan mereka tidak boleh mudah melepaskan pegangan dan kepentingan asal untuk menjaga dan kawal kepentingan syarikat yang berpaksikan kepentingan bumiputera.
"Kalau tidak, kita tak beralih, sampai bila pun, berpuluh-puluh tahun, balik kepada pangkal, tubuhkan syarikat, salah urus, salah tadbir, (kemudian) rugi, kerajaan kena tanggung, bantu lagi, tubuh lagi syarikat baru, kemudian kita ikut jalur sama,” katanya.
Sementara itu, beliau juga mahu berlaku anjakan dalam tadbir urus syarikat bumiputera tersebut iaitu bukan hanya pemimpin kerajaan Pusat yang dipertanggungjawabkan semata-mata.
"Ia juga harus bermula dari Jemaah Menteri dan pengurusan syarikat Bumiputera yang harus dipertanggungjawabkan untuk faham ada tugas asas yang harus mereka tahu, iaitu harus tahu urus dengan baik selain jaga pegangan (kepentingan Bumiputera) itu supaya tidak berulang kelemahan-kelemahan lalu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>