Empat kawasan di Johor, Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat
Iklan
Sebanyak empat kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 10 pagi pada Ahad. - Infografik laman web APIMS
SHAH ALAM - Kualiti udara empat kawasan di dua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi pada Ahad.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi direkodkan di Larkin, Johor dengan bacaan 151 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (124); Port Dickson, Negeri Sembilan (109) dan Batu Pahat, Johor (104).
Iklan
Iklan
Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman web tersebut, sebanyak 51 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 13 stesen lagi mencatatkan bacaan baik iaitu di Sabah dan Sarawak.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Iklan
Iklan
Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard" /><meta itemprop="description" content="Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
BERITA SEMASA 20 MEI 2024
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Isnin, mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri, yang dihadapinya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
Abu Bakar memutuskan demikian selepas mendapati perintah yang ditolak hakim Mahkamah Sesyen itu gagal menimbangkan keseluruhan senario kes membabitkan responden.
Katanya, responden telah pun dituduh atas dua kesalahan yang berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membabitkan kes hasutan dan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665696/berita/semasa/mahkamah-keluar-perintah-larangan-bersuara-terhadap-chegu-bard
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #laranganbersuaracheguBard #isukeskasinoforestcity #CheguBard" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-20T04:34:11.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WJ-zC1cIjB3ps5Q8d/x120" /><meta itemprop="duration" content="P134S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8yrado" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8yrado"></script>