300km jalan balak perlu diambil alih kerajaan demi kegunaan penduduk
Iklan
Pemandangan dari udara keadaan bentuk muka bumi di Pensiangan. (Gambar kecil: Abdul Ghani)
NABAWAN - Kira-kira 300 kilometer jalan yang digunakan penduduk di daerah ini adalah laluan untuk mengangkut kayu balak dan belum diambil alih oleh kerajaan untuk digazetkan sebagai jalan negeri bagi memudahkan proses penyelenggaraan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin berkata, ini termasuk jalan di Pensiangan ke Kampung Salinatan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, laluan itu sudah biasa digunakan oleh masyarakat setempat dan jika berlaku kerosakan seperti kejadian tanah runtuh maka tiada dana khas untuk melakukan penyelenggaraan kerana ia bukan jalan yang digazetkan.
"Masalah kita di Nabawan ini ialah jalan bekas laluan kayu balak belum diambil alih oleh kerajaan dan kalau dicampur secara puratanya terdapat 300 kilometer.
Iklan
"Ada banyak jalan balak iaitu dari Pagalungan ke Kampung Saliku, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong ke Pekan Pensiangan dan Kampung Salinatan serta Kampung Lomiri ke Kampung Pohon Batu dan Kampung Pengaraan.
"Semua yang runtuh itu adalah bekas laluan mengangkut balak dan kalau diikutkan tiada peruntukan untuk diselenggara dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.
Iklan
Katanya lagi, perkara itu telahpun dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya kerajaan negeri dapat mengambil alih laluan berkenaan bagi memudahkan kerja penyelenggaran untuk kegunaan penduduk di kawasan tersebut.
"Dalam tiga sesi sidang DUN saya telah utarakan bilakah kerajaan akan ambil alih jalan-jalan ini kerana walaupun ke Pensiangan dan Salinatan itu kita menggunakan bot tetapi penduduk setempat sudah biasa menggunakan jalan darat.
"Jawapan yang kita terima dari kerajaan negeri melalui Kementerian Kerja Raya, mereka sudah kenal pasti jalan-jalan ini tetapi dalam usaha untuk diambil alih," jelasnya.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Tanah Negeri Sabah (SLDB) berkata, mujur ada beberapa kawasan tersebut kini telah dibangunkan untuk tujuan pertanian.
"Alhamdulillah bila kita ada ladang SLDB contohnya di Pagalungan, kita di SLDB cuba bantu dengan membaiki jalan berkenaan.
"Selain itu, jika berlaku runtuhan dan kerosakan jambatan, penduduk kampung akan bergotong-royong dan saya juga akan bantu apa termampu.
"Malah baru-baru ini Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah mengumumkan bahawa jalan di Pensiangan ke Salinatan telah diluluskan peruntukan secara 'one off' oleh Perdana Menteri.
"Tetapi itu hanya untuk sekali saja penyelenggaraan, jadi selepas itu kalau ada kerosakan, keadaan tetap berulang," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Pensiangan menuju ke Salinatan menyebabkan ratusan penduduk terjejas dan bekalan makanan terputus hampir sebulan yang lalu.
Kerja-kerja menghantar bekalan makanan telah dilakukan menerusi misi kemanudian dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO) daripada Forces of Love (FOL).
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.