Terkejut lihat pak belang berkeliaran di jalan raya
Iklan
Che Fiti Zulhilmi yang berkongsi video berkenaan kepada penduduk setempat meminta pengguna jalan raya lain berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan.
GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu lori ais dan kelindannya mendakwa terserempak dengan harimau belang ketika melalui jalan Gua Musang-Jeli di kawasan Bukit Meranto di sini semalam.
Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dia yang sedang memandu ditemani Mohd Amir Saari, 25, ternampak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang dari Jeli menuju ke Gua Musang.
Iklan
Iklan
"Sebelum itu, waktu pagi saya sudah pun melihat kelibat harimau itu di atas jalan, tetapi hanya sempat mengambil gambar. Pada petangnya saya sempat merakam video dan berkongsi maklumat itu kepada penduduk melalui aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Rabu.
Che Fiti Zulhilmi yang berkongsi video berkenaan kepada penduduk setempat meminta pengguna jalan raya lain berwaspada ketika menggunakan laluan berkenaan.
"Meremang bulu roma saya, besar harimau ini. Agak-agak nak pergi mana itu?"
Dia turut berharap rakaman itu mendapat perhatian pihak berwajib agar dapat mengambil tindakan drastik demi keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
"Saya harap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap pak belang ini kerana bimbang kehadiran haiwan ini akan menyebabkan kemalangan sekiranya pemandu yang menggunakan laluan ini terkejut dan tidak sempat mengelak.
Iklan
"Saya dapat melihatnya sebanyak dua kali dalam hari yang sama di jalan utama dari Gua Musang ke Jeli dan tidak mustahil haiwan itu akan muncul semula dan mungkin akan mengakibatkan bahaya kepada penduduk," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima aduan berkenaan kejadian yang telah tular itu.
"Pihak kami telah ke tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - Bernama
Iklan
BERITA SEMASA 27 MEI 2024
Seorang remaja yang mengalami penyakit mental kemurungan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Pelajar SMK Kubang Kerian, Siti Bayu Mohd Ridzuan, 18, meraih dua A bagi mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Islam, manakala tujuh lagi A untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Pendidikan Seni Visual dan Ekonomi.
Anak keempat daripada lima beradik itu disahkan mengalami kemurungan akibat gangguan misteri sejak di Tingkatan Tiga semasa belajar di sebuah sekolah cemerlang dan tinggal di asrama sekolah berkenaan.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/666936/edisi/kelantan/remaja-murung-raih-9a-spm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pelajar #SPM #KPM #Kelantan