RoS batal status 3,000 persatuan menerusi proses pemutihan
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
MELAKA - Lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah dibatalkan status penubuhannya atas pelbagai kesalahan menerusi proses pemutihan yang dijalankan jabatan itu sejak 2021.
Ketua Pengarahnya, Mohd Nawardi Saad berkata, antara kesalahan dilakukan persatuan berkenaan ialah tidak aktif, tiada aktiviti mengikut perlembagaan yang ditetapkan, selain terdapat pertikaian atau masalah dalaman yang berlaku dalam kalangan ahli persatuan.
Iklan
Iklan
"Proses pemutihan ini akan kita teruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat penubuhan setiap persatuan tercapai, selain memastikan tiada gerakan menyalahi undang-undang berselindung di sebalik penubuhan persatuan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program RoS Care Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan, Perkongsian Pintar dan Penyampaian 'Mock Cheque' Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) yang turut dihadiri Pengarah RoS Melaka Nurhafidah Ali.
Iklan
Terdahulu, beliau berkata, RoS meluluskan permohonan GPPK kepada 831 persatuan berdaftar yang melibatkan peruntukan lebih RM8 juta setakat ini, daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM10 juta yang disediakan kerajaan bagi fasa pertama geran berkenaan, sehingga tarikh tutup pada 31 Okt ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, pihaknya meluluskan permohonan 76 pertubuhan di Melaka dengan nilai lebih RM760,000. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>