Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN
Iklan
MK Ibrahim
SEREMBAN - Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan baharu pada Mesyuarat Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Isnin.
MK Ibrahim, 67, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha DUN, Mohd Amin Ludin di Wisma Negeri di sini.
Iklan
Iklan
Beliau menggantikan Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang menjawat jawatan terbabit pada penggal lalu.
Sebelum itu Mohd Amin memaklumkan menerima dua pencalonan namun satu daripadanya ditolak kerana tidak mematuhi Peraturan 2 Perintah 7(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Iklan
Bagaimanapun beliau memaklumkan tiada jawatan Timbalan Speaker yang dilantik pada penggal ini.
Selain itu seramai 34 wakil rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu termasuk lima dari Perikatan Nasional secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ADUN Negeri Sembilan bagi penggal ke-15.
Iklan
Bagaimanapun ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ADUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook tidak hadir.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>