Mangsa banjir di PPS SMK Changlun meningkat kepada 61 orang
Iklan
PPS SMK Changlun dibuka sejak malam Isnin susulan paras air semakin meningkat. - Foto APM
JITRA - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun meningkat kepada 61 mangsa setakat jam 8 pagi pada Selasa.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, pertambahan jumlah mangsa itu disebabkan paras air yang semakin naik susulan air sungai yang melimpah akibat hujan berterusan pada malam Isnin.