'Patung iblis' kena cekup

Iklan
Perkara agak melucukan apabila patung Chucky itu turut digari ketika ia dibawa ke balai polis selain syot wajah. - Foto: Agensi

MEXICO CITY - Ia sememangnya satu kejadian luar biasa apabila pihak berkuasa di Mexico menahan patung Chucky yang digunakan pemiliknya untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Suspek dikenali sebagai Carlos N didakwa menggunakan 'patung iblis' yang popular menerusi filem genre seram, Child's Play itu dengan bersenjatakan pisau sebenar untuk merompak.

Iklan
Iklan

Kegiatan mereka bagaimanapun terbongkar selepas kedua-duanya berjaya diberkas di bandar Monclova di negeri Coahuila pada 11 September lalu kerana mengancam orang ramai dan mengganggu ketenteraman.

"Dia sengaja mendekatkan Chucky kepada muka mangsanya. Ia jelas satu kesalahan," kata jurucakap polis.

Iklan

Perkara agak melucukan apabila patung Chucky itu turut digari ketika ia dibawa ke balai polis selain syot wajah mereka diambil untuk simpanan rekod.

Sebelum ini, beberapa kes pembunuhan yang diinspirasikan daripada filem Child's Play pernah disiasat di Britain pada Disember 1992 dan Februari 1993. - Agensi

Iklan