‘Sanusi wajar digelar pemimpin pembohong nombor satu’ - Puad

Iklan
Sumber gambar daripada perkongsian Puad menerusi Facebook beliau pada Isnin

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tepukan gemuruh sebanyak sembilan kali ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Jumaat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau antara saksi hidup yang berada di Dewan Persidangan Utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Ahli Parlimen Tambun itu menyampaikan ucapan.

Iklan
Iklan

"Oleh kerana saya saksi hidup, maka dia wajar digelar ‘pemimpin pembohong’ nombor satu Malaysia.

"Bahkan saya hadir tiga hari berturut-turut dari Selasa hingga Khamis, mendengar ucapan ketua-ketua negara lain sebelum Perdana Menteri berucap pada Jumaat.

Iklan

"Mukadimah sahaja dapat tepukan gemuruh bila Perdana Menteri sentuh perang Russia-Ukraine yang beri kesan buruk kepada global,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan Muhammad Sanusi memperlekeh penampilan Anwar di UNGA ke-78, New York pada Jumaat yang disifatkannya sebagai hambar dan gagal mendapat perhatian pemimpin dunia.

Iklan

Ujar Mohd Puad, sepanjang 15 minit berucap, Anwar sempat menyentuh isu semasa melibatkan perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, pelan hala tuju rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui oleh Malaysia serta rasisme bentuk baharu.

"Ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat al-Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan daripada perwakilan.

"Perdana Menteri New Zealand beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar.

"Ternyata Sanusi kaki fitnah apatah lagi guna gambar-gambar tanpa usul periksa. Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan,” ujarnya.