Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Iklan
Mohd Na'im
KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, Akta Perihal Dagangan 2011 dan undang-undang subsidiari seperti Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta enakmen di negeri sedia ada masih relevan dalam memenuhi kehendak serta keperluan semasa negara.
Iklan
Iklan
Katanya, untuk menggubal akta khusus berkaitan halal, perkata itu memerlukan penelitian terhadap pelbagai undang-undang yang sedang berkuat kuasa sama ada undang-undang Persekutuan atau negeri.
"Buat masa ini, kerajaan berpandangan bahawa penggunaan undang-undang sedia serta enakmen di negeri masih relevan dan memenuhi kehendak dan keperluan semasa," katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Negara pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, 8,272 syarikat kategori industri memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ketika ini, manakala jumlah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memegang SPHM ialah 7,306 syarikat.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 3,270 merupakan pemegang SPHM kategori syarikat bumiputera. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>