Penduduk di Felda Kemasul mahu lebih banyak kemudahan asas

Iklan
Penduduk di Felda Kemasul mahu kemudahan asas diperbanyakkan bagi memberi keselesaan dan manfaat kepada penduduk di tanah rancangan tersebut. Gambar kecil dari kiri: Mohd Adib, Mimi, Samsul Anuar

BENTONG - Penduduk di Felda Kemasul mahu lebih banyak kemudahan asas disediakan bagi memberi keselesaan dan manfaat kepada kelompok di tanah rancangan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati penduduk berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri, namun beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi pembangunan setempat.

Iklan
Iklan

Generasi kedua, Mohd Adib Salleh, 34, berkata, mereka memerlukan kemudahan seperti stesen minyak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selain fasiliti di felda itu ditambah baik.

"Setakat ini hanya ada satu stesen minyak dan dua mesin ATM di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Iklan

"Jadi, kalau ada satu lagi stesen minyak di kawasan ini pasti memberi keselesaan kepada penduduk bukan sahaja di Felda Kemasul tetapi pengguna luar," katanya ketika ditemui di daratan Felda Kemasul, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Mimi Abdul Rahman, 35, penduduk di kawasan terbabit sering menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan wang kerana mesin ATM sedia ada tidak mampu menampung keperluan mereka.

Iklan

"Kami memang perlukan mesin ATM, mahu tidak mahu kami terpaksa keluar berurusan ke Triang dan Bera bagi menggunakan perkhidmatan itu.

"Jadi, hendak sangat kalau boleh segerakan permintaan kami," katanya.

Sementara itu, Samsul Anuar Ibrahim, 45, memaklumkan kemudahan seperti lampu jalan perlu diperbanyakkan demi keselamatan penduduk di DUN berkenaan.

"Ini kemudahan sangat penting, biar banyak lampu jalan lebih-lebih lagi di kawasan persimpangan jalan," katanya.

Bapa kepada tiga anak itu juga berharap wakil rakyat baharu dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada generasi kedua.