'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi

Iklan
Sanusi ketika berucap di Felda Kemasul, Bentong sempena program Sanusi Mai Pelangai di sini pada Jumaat

BENTONG - Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberikan kemenangan untuk PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.

"Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini, ia bukan kerana ramalan ahli nujum tapi berdasarkan pengalaman di tempat lain kalau sambutan di Felda macam ini, memang PN akan menang," kata beliau di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu ditemui selepas ceramah sempena Program Sanusi Mai Pelangai di Felda Kemasul di sini yang dihadiri penyokong PN.

Antara penyokong PN yang hadir dalam program tersebut.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah,

Iklan

Ujar Sanusi, beliau yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional (BN) tersebut.

Mengulas program tersebut yang dijalankan hingga 24 September, Sanusi memberitahu kemungkinan beliau kembali semula ke Pelangai selepas ini.

Iklan