Peruntukan bina infrastruktur projek padi Sarawak akan dibincang - Fadillah
Iklan
Fadillah
KUCHING - Kerajaan Persekutuan akan berbincang mengenai peruntukan untuk membina infrastruktur projek penanaman padi di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, infrastruktur itu merangkumi pembinaan sistem pengairan dan saliran yang baik.
Iklan
Iklan
"Saya akan bincang perkara ini dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi dan bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Dianggarkan peruntukan untuk kawasan Sri Aman sahaja bernilai kira-kira RM1 bilion dan terdapat banyak tempat lain juga yang berpotensi untuk dibangunkan. Kita akan tentukan butiranya dan berapa jumlah yang boleh diberi setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sarawak Agrofest 2023, di sini, yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Iklan
Pada 17 September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu juga telah dipersetujui secara prinsip oleh Abang Johari, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>