Kerajaan bimbang graduan ijazah diberi gaji setaraf pekerja kemahiran rendah

Iklan
Rafizi Ramli - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan campur tangan dalam menetapkan gaji kerana bimbang kadar gaji permulaan mungkin tidak akan jauh berbeza dengan gaji minimum RM1,500 yang mana graduan lepasan ijazah diberi gaji setaraf pekerja berkemahiran rendah.

Sehubungan itu menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) merupakan peralihan dari model pemberian upah minimum kepada peningkatan gaji secara berperingkat dan berfasa seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Ujarnya, dasar itu turut mendapat sokongan penuh dari Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan secara garis masa, ia dijangka dilaksanakan pada April 2024 selepas meneliti butiran lanjut serta peruntukan kewangan dalam Belanjawan 2024.

"Manakala 35 peratus daripadanya hanya menerima RM2,000 atau kurang.

Iklan

"Lebih 50 peratus pekerja formal di negara ini pul menerima gaji di bawah RM3,000 pada Mac lalu berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kabinet akan membincangkan dasar tersebut bagi memperhalusi pelaksanaannya secara berperingkat, selain meneroka keperluan memperuntukkan dana sebagai insentif.

Iklan

Perdana Menteri berkata, ia satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan seimbang.

Tambah Rafizi, DGP adalah usahasama Kementerian Ekonomi; Kementerian Kewangan; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

"Tujuannya meningkatkan nisbah pendapatan ekonomi yang diberikan kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan daripada 36 kepada 45 peratus.

"Gaji yang setara dengan kos sara hidup akan membantu Malaysia menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja berkemahiran rendah, termasuk tenaga kerja asing,” ujar beliau.