Perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentang pada Belanjawan 2024 - PM
Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentangkan dalam Belanjawan Madani Kedua 2024 pada Oktober depan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan bawahan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Iklan
Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan turut membentangkan perincian mengenai isu percukaian dan penambahan pendapatan negara dalam Belanjawan 2024 bagi membolehkan kerajaan berbelanja mengikut keupayaannya.
Mengenai pengecualian cukai batik, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menyediakan pengecualian duti import ke atas kain sutera putih, rayon dan voile serta kain kapas putih.
Iklan
Tambahnya, pengecualian duti import boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja dengan butiran 62, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>