Solat tarawih dari atas katil hospital

Iklan
Gambar yang dikongsi menunjukkan Ismail menunaikan solat tarawih di atas katil hospital.

KUALA LUMPUR - Beberapa hari lalu, pendakwah Datuk Ismail Kamus telah selamat menjalani pembedahan kecil di Institut Jantung Negara (IJN).

Meskipun dalam keadaan kesihatannya yang uzur, ia bukan alasan untuk beliau tidak menunaikan tanggungjawab dan terus beribadah kepada ALLAH.

Iklan
Iklan

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi di Instagram friends_of_pas semalam, Ismail bersama dua lagi jemaah dilihat sedang menunaikan solat jemaah di bilik wadnya.

"Walaupun Tuan Guru Datuk Ismail Kamus uzur, beliau tidak meninggalkan solat berjemaah dan solat tarawih. Ya ALLAH, kami sayang kepada Tuan Guru kami!,” tulis pada bahagian kapsyen gambar tersebut.

Iklan

Rata-rata pengikut mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ismail.

"Itulah bezanya ketakwaan seorang alim. Semoga kita juga diberi kemanisan beribadah dan beramal,” tulis anis.kamarudin.

Iklan

"Semoga ustaz diberikan kesembuhan. Diangkat segala penyakitnya, dipermudahkan segala kesulitan dan ditingkatkan darjat keimanannya. Aamiin,” menurut siti_kamilah_darmawi.

"Semoga sentiasa dirahmati ALLAH,” tulis amirosmanmustafa.

Sabtu lalu, Pengarah Urusan Ikhtiar Syifa Sdn Bhd, Abdul Hadi Jusoh menggesa orang ramai menghentikan berita tidak benar yang mendakwa Ismail berada dalam keadaan sangat uzur dan tenat.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Datuk Ismail Kamus tenat tidak benar