Bekas pelajar didakwa tikam tiga penuntut universiti
Iklan
CANBERRA - Seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa atas beberapa pertuduhan kerana menikam penuntut Australian National University (ANU) dalam kejadian pada Isnin.
Australian Capital Territory (ACT) Policing dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, lelaki itu didakwa dengan dua pertuduhan cubaan membunuh, dua pertuduhan menyerang dan satu pertuduhan memiliki objek untuk membunuh, lapor Xinhua.