Tidak perlu desak Syed Saddiq kosongkan kerusi
Iklan
Hassan
PASIR GUDANG - Pendirian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan keputusan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk tidak mengosongkan kerusi Parlimen Muar perlu dihormati semua pihak.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, itu merupakan hak Muda dan terpulang kepada Syed Saddiq dalam menentukan hala tuju perjuangannya selepas tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, Hassan merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Johor Bahru di Pasar Borneo Johor di sini pada Sabtu.
Pada Rabu PH Muar dalam sidang akhbar khas menggesa Syed Saddiq mengosongkan kerusi Parlimen Muar untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.
Susulan itu pada Sabtu, Muda Parlimen Muar menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi tersebut dan Syed Saddiq akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Sementara itu, Hassan yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Madani akan menunaikan apa yang terkandung dalam perjanjian penubuhan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 1963.
Katanya, segala permohonan, rayuan serta keperluan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk tuntutan dalam perjanjian tersebut akan ditunaikan secara bersungguh-sungguh sama ada secara sekali gus atau berperingkat-peringkat.
Jelas beliau, ini akan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian semasa bersetuju menubuhkan negara Malaysia sebelum ini.
BERITA SEMASA 12 MEI 2024
Pang Sock Tao yakin kempen dijalankan Pakatan Harapan (PH) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mengikut undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Bagaimanapun, Sock Tao berkata, pembangkang berhak mengemukakan petisyen pilihan raya jika terdapat bukti terhadap dakwaan tersebut.
Jelasnya, pembangkang atau sebarang parti ada hak untuk memfailkan petisyen tapi beliau yakin kempen 14 hari yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan berhemah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664341/berita/politik/yakin-kempen-prk-kkb-ikut-undang-undang---sock-tao
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KualaKubuBaharu #AdunKualaKubuBaharu #PRK #PRK KKB