Kerajaan negeri nilai projek perhentian bas pintar
Iklan
Jagdeep (dua dari kiri) menunjukkan butang panik yang disediakan di perhentian bas pintar di Lengkok Tenggiri, Seberang Jaya.
SEBERANG JAYA - Kerajaan negeri akan menilai keberkesanan projek perhentian bas pintar yang dibangunkan oleh Syarikat Edotco (M) Sdn Bhd sebelum memperluaskan pembinaan di beberapa tempat lain di negeri ini.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, penilaian selama enam bulan akan dilakukan sebelum kerajaan negeri membuat keputusan bagi meneruskan projek berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, untuk permulaan pondok bas di Lengkok Tenggiri di sini akan dijadikan projek perintis selain ia akan dibangunkan di kawasan Sungai Dua di bahagian pulau oleh syarikat yang sama dalam masa terdekat.
"Pemilihan pondok bas di Lengkok Tenggiri ini dibuat berikutan kawasan ini merupakan tumpuan dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Iklan
"Dengan adanya perhentian bas pintar ini ia bukan sahaja selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang mahu jadikan negeri ini sebagai negeri pintar malah ia akan memberi keselesaan kepada penduduk di negeri ini khususnya di Seberang Jaya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Perintis Perhentian Bas Pintar di sini hari ini.
Hadir sama ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Datuk Sr Rozali Mohamud dan Ketua Pegawai Serantau edotco (M) Sdn Bhd Wan Zainal Adileen Wan Putih.
Iklan
Jagdeep berkata, perhentian bas pintar yang dibangunkan ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan butang panik yang akan terus dihubungkan kepada pusat kawalan polis.
Selain itu, perhentian bas pintar juga turut menyediakan perkhidmatan Wifi percuma, tempat pengecas telefon, skrin digital yang memaparkan iklan dan jadual perjalanan bas.
"Kita berharap penduduk di sekitar Seberang Jaya dapat menjaga kemudahan yang disediakan ini dengan baik dan bersama-sama menjaga selain memastikan tiada sebarang unsur vandalisme dilakukan di sini.
"Sekiranya projek perintis ini diterima baik, saya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan di negeri ini untuk mengenal pasti perhentian bas lain yang sesuai untuk kita bangunkan projek ini," katanya.
Bagi kawasan Seberang Perai terdapat lebih 1,200 perhentian bas manakala di kawasan pulau terdapat 600 perhentian bas yang dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.