Pecut laju kereta rupanya bawa dadah

Iklan
Kereta dipandu suspek terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Meru, Klang pada Khamis. Gambar kecil: Vijaya Rao

KLANG - Tindakan seorang pemandu memecut laju kereta Perodua Viva ketika ditahan polis di Jalan Meru, di sini membongkar penemuan dadah, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, dalam kejadian itu, anggota kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang membuat rondaan di kawasan Puchong telah terserempak kereta suspek dalam keadaan mencurigakan pada jam 12.03 tengah malam.

Iklan
Iklan

Katanya, anggota MPV itu telah mengarahkan suspek untuk berhenti namun suspek bertindak memecut keretanya dari Lebuhraya Damansara Puchong menghala ke Tol Sunway.

"Suspek terus dikejar di Lebuhraya Persekutuan sehingga ke Jalan Meru.

Iklan

Beliau berkata, anggota dari tiga MPV IPD Serdang dan dua MPV IPD Klang Utara kemudian membuat penahanan pemandu iaitu lelaki berusia 44 tahun serta dua wanita asing berusia 25 dan 35 tahun.

Katanya, pemeriksaan menemui beg sandang berisi tiga peket plastik lut sinar disyaki dadah syabu, tiga peket serbuk putih disyaki ketamin, lima peket disyaki ekstasi yang kesemua dianggar bernilai RM4,000.

Iklan

"Siasatan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai pemandu peribadi dan mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Kesemua suspek yang didapati positif dadah itu telah direman lima hari sehingga 18 September untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat jenayah dan dadah boleh salurkan kepada pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan terbabit.