Peniaga maki polis didenda RM90

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga didenda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung satu pertuduhan memaki pegawai kanan polis, minggu lalu.

Sabindo Simon, 34, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintah tertuduh dipenjara seminggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa berkelakuan tidak sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis, Deputi Superintenden (DSP) Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Kepong pada jam 12.10 pagi, 9 September lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Iklan

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana mengaku kesal serta telah memohon maaf kepada pegawai polis berkenaan.