Kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi
Iklan
Rafizi - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, kerajaan sedang melabur dalam infrastruktur bagi mewujudkan program menjana pendapatan yang lestari.
Iklan
Iklan
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri ‘Power Chat’ Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan melancarkan Persidangan Usahawan Cina Dunia Ke-17 (WCEC) di sini pada Rabu, Rafizi berkata, infrastruktur bukan sekadar ‘alat’ atau ‘instrumen’ malah ia adalah aset yang menjana pendapatan bagi peserta atau penerima daripada keluarga berpendapatan rendah.
Rafizi berkata, sebaik sahaja terdapat kemajuan pada usaha meningkatkan tahap pendapatan isi rumah, sebahagian faktor yang diambil kira dalam indeks kemiskinan multidimensi akan bertambah baik, sebagai contoh, akses kepada Internet dan penjagaan kesihatan.
Iklan
"Apabila tahap pendapatan meningkat, kualiti hidup turut meningkat, jadi fokus pada meningkatkan tahap pendapatan.
"Dengan pendapatan yang lebih baik, mereka boleh menangani kos sara hidup dengan lebih baik dan mampu mempunyai akses kepada semua ciri indeks kemiskinan muldimensi,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>