Gempa bumi: Raja Maghribi lawat mangsa cedera, berkenan derma darah
Iklan
KUALA LUMPUR - Raja Maghribi Mohammed VI melawat mangsa gempa bumi yang cedera di Hospital Universiti"Mohammed VI" di Marrakesh pada Selasa selain berkenan mendermakan darah baginda buat pesakit berikutan gempa bumi Al-Haouz berukuran 7 magnitud yang melanda negara itu Jumaat lalu (8 September).
Menurut teks yang dikongsi oleh kedutaan Maghribi melalui aplikasi WhatsApp di Kuala Lumpur, baginda bertanyakan tentang keadaan mangsa yang cedera dalam lawatan itu.