Wartawan dari 15 buah negara dibawa melawat Xinjiang
Iklan
URUMQI - Pengamal media dari 15 buah negara diundang ke wilayah autonomi Xinjiang bagi menyertai program Kembara ke Zon Teras Jalur Ekonomi Laluan Sutera anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China.
Program lapan hari bermula Rabu itu menghimpunkan seramai 23 wartawan daripada pelbagai agensi berita termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Rusia, Perancis, Arab Saudi, Jepun dan Malaysia.