TMESA sasar perluas skop bantuan SAS pelajar B40
Iklan
Muhammad Nasir (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pelajar sempena majlis penyampaian bantuan program 'Sponsor A Student' (SAS) kali ke-16 di Dewan Jubli Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut pada Sabtu.
BESUT - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud (TMESA) menyasarkan untuk memperluaskan lagi skop bantuan menerusi program 'Sponsor A Student' (SAS) khusus kepada golongan pelajar B40 sehingga ke seluruh negara.
Presiden TMESA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, setakat ini program tersebut tertumpu di daerah Besut selain pernah sampai sehingga ke Hulu Terengganu ketika pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Mungkin suatu masa nanti kalau ada badan-badan tertentu yang ingin membantu kita untuk salurkan sumbangan sehingga ke seluruh Malaysia, kita yakin mampu laksanakan sebab kita dah ada model program ini," katanya.
Muhammad Nasir ketika berucap sempena majlis penyampaian bantuan program 'Sponsor A Student' (SAS) kali ke-16 di Dewan Jubli Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan program SAS kali ke-16 di Dewan Jubli Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (SMKTM) pada Sabtu.
Iklan
Hadir sama, Pengetua SMKTM, Nathrah Awang Teh.
Seramai 70 pelajar dari 11 buah sekolah di daerah ini menerima bantuan kewangan yang disampaikan bagi menampung perbelanjaan bulanan persekolahan mereka.
Iklan
Dalam pada itu, Muhammad Nasir berkata, sebanyak RM1.2 juta telah dibelanjakan sejak program itu dilaksanakan 16 tahun lalu.
"Kita pilih pelajar dari Tingkatan Dua, Tiga, Empat dan Lima yang berkelayakan untuk terima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,500 setahun bagi membantu meringankan perbelanjaan bulanan persekolahan mereka.
Muhammad Nasir (tengah) merakam gambar bersama penerima sumbangan sempena majlis penyampaian bantuan program SAS kali ke-16 di Dewan Jubli Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut pada Sabtu.
"Kita harap walaupun sumbangan ini tidaklah sebesar mana ia dapat membantu mereka yang memerlukan. Kita juga berharap supaya ibu bapa dapat gunakan duit sumbangan ini sebaik mungkin khusus untuk tujuan pendidikan anak-anak sahaja," ujarnya.
Sementara itu, ibu kepada pelajar SMK Nasiruddin Shah, Siti Mariam Mat Hassan, 42, berkata, sumbangan itu membantu meringankan bebanan ibu bapa yang terpaksa berbelanja tinggi dalam tempoh ekonomi tidak menentu ini.
"Sumbangan ini amat membantu dari segi tambahan perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak. Musim sekarang barang-barang semuanya mahal dan ibu bapa perlu rancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
"Bagi saya, saya akan lebihkan yang utama iaitu untuk cukupkan apa yang perlu bagi pendidikan anak-anak di sekolah. Terima kasih kepada para penyumbang," katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.