JOHOR BAHRU - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selama 14 hari berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata, penugasan sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian hanya melibatkan Polis Kontinjen Johor dengan kekuatan seramai 3,490 pegawai dan anggota.