Beras pertama NS dijangka berada di pasaran Disember ini
Iklan
Mohd Faizal menunjukkan tanaman padi di Terachi, Kuala Pilah.
KUALA PILAH - Produk beras pertama di Negeri Sembilan dengan jenama Seri Menanti dijangka akan berada di pasaran pada Disember ini.
Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, keluaran beras yang melibatkan tanaman padi seluas 20.2 hektar (50 ekar) di Terachi, di sini mampu menghasilkan sebanyak 90 tan beras Super Special Tempatan (SST).
Iklan
Iklan
"Sebagai permulaan, kita akan sasarkan kepada penggunaan tempatan saja di Negeri Sembilan dan jika sambutan menggalakkan, kita akan luaskan ke pasaran luar.
"Sekarang ini kita sudah berada di peringkat akhir dan sedang mereka bentuk pembungkusannya menerusi kerjasama Jabatan Pertanian dan pengusaha sawah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Menurutnya, pihaknya juga berharap dengan usaha pengeluaran beras tersebut dapat membantu menambahkan stok beras tempatan selain mengurangkan kebergantungan beras import.
Pada masa sama, beliau berkata, ia merupakan salah satu usaha pihaknya untuk merancakkan lagi pelancongan di Kuala Pilah termasuk di Negeri Sembilan.
Iklan
"Saya berharap ia akan menjadi satu tarikan baharu untuk orang datang ke Kuala Pilah.
"Selama ini beras yang dikeluarkan Negeri Sembilan dihantar ke kilang di Melaka untuk diproses, namun pembungkusannya menggunakan jenama beras sedia ada di pasaran dan tiada identiti Negeri Sembilan," katanya.
Sementara itu katanya, jumlah pengeluaran padi semasa bagi daerah Kuala Pilah secara keseluruhannya sebanyak 836.494 tan yang ditanam dengan keluasan sawah yang diusahakan seluas 220 hektar, yang mana ia dituai dua kali setahun.
Bagaimanapun, katanya, jika beras Seri Menanti ini mendapat sambutan, pihaknya akan perluaskan kepada kawasan tanah terbiar lain
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>