Polis tahan lelaki berkelakuan tidak senonoh

Iklan
Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman X sejak Ahad.

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya memberkas lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman sosial X, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, lelaki tempatan berusia 50-an itu ditangkap di Jalan Aston, di sini pada Rabu kira-kira jam 3.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT dan akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berikutan perbuatan tidak senonoh di tempat awam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman X sejak Ahad.

Cheng San sebelum ini berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada Ahad kira-kira jam 9 pagi di kawasan parkir berdekatan kedai makanan segera di Alma, di sini.

Iklan

Menurutnya, lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya menaiki motosikal jenisYamaha LC 135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu telah menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.