SPRM perlu kekal berani

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan supaya terus berani mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang disyaki melakukan rasuah tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, ia sebagaimana tindakan dibuat SPRM Johor yang menahan seorang pegawai kanan dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penahanan itu memberi gambaran SPRM tidak takut atau pilih kasih dalam menjalankan tugas.

"Dengan tangkapan ini, ia memberi jaminan kepada masyarakat bahawa SPRM tegas dalam membanteras rasuah dan mengambil tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

Iklan

"Saya harap siasatan diteruskan sehingga pendakwaan di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian.

Khamis lalu, media melaporkan SPRM Johor menahan tiga suspek di Muar kerana didakwa memberi rasuah kepada ahli patologi dalam urusan ujian saringan air kencing.

Iklan

Suspek terdiri daripada seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan dua anggota polis berpangkat sarjan.

Pada Ahad, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM mengesahkan kertas siasatan tatatertib dibuka dan akan melakukan siasatan.

Mengulas lanjut, Wan Azliana yang juga Pengerusi Rasuah Busters Selangor berkata, tindakan dibuat SPRM Johor wajar dipuji.

"Syabas kepada SPRM yang menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih dalam penyiasatan serta dakwaan. Ini yang rakyat nak lihat,” katanya.