Harga petrol, diesel kekal hingga 13 September
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 kekal bagi tempoh 7 hingga 13 September ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal pada harga RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).