Tiada yang boleh dibanggakan sepanjang setahun PH: Pas Melaka
Iklan
Kamaruddin
MELAKA - Pas Melaka menganggap tiada apa yang dapat dibanggakan sepanjang tempoh setahun negeri ini di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, walaupun dakwaan sudah lebih 50 peratus janji-janji sudah dilaksanakan, tetapi itu cuma andaian sebelah pihak sahaja.
Iklan
Iklan
Beliau mendakwa, banyak yang dilaksanakan adalah perkara pinggiran bukan perkara pokok permasalahan rakyat.
"Bagi Pas, kerajaan PH Melaka hanya syok sendiri dan apa yang didakwa sebagai kejayaan itu tidak berpaksi pada realiti.
Iklan
"Setakat ini tiada audit luar atau survey yang boleh dipercayai dengan kenyataan dikeluarkan Ketua Menteri Adly Zahari.," dakwanya.
Menurut Kamaruddin, sebaliknya sejak kerajaan PH memerintah rakyat merasai banyak insentif telah hilang.
Iklan
"Pembuangan kerja berlaku kesan daripada dasar yang diwujudkan lebih-lebih lagi terhadap pekerja kontrak. Rumah mampu milik lebih RM100,000, tahap kebersihan yang menjejaskan kesihatan rakyat terabai malah sistem pengurusan komuniti kampung bercelaru.
"Orang politik juga memegang beberapa jawatan dalam kerajaan serta membolot beberapa elaun yang tidak sepatutnya berlaku, imej agama dan sensitiviti Melayu semakin tercalar dan banyak lagi," katanya.
Tegasnya, isu-isu tersebut sepatutnya perlu diperbincangkan kerana hakikatnya kemajuan yang didakwa sebenarnya kerajaan PH cuma melaksanakan sahaja apa yang dah tersedia oleh kerajaan terdahulu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>