KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menafikan terlibat dengan kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang kononnya dikatakan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu sebagaimana tular di media sosial.
Pengarah Pelancongan Negeri, Fadli Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kutipan wang itu dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada individu yang dipercayai dilakukan demi kepentingan peribadi.