Malaysia masih bergelut dengan konsep perpaduan - Nanta
Iklan
Alexander Nanta Linggi - Foto Bernama
SHAH ALAM - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kecewa kerana Malaysia masih lagi bergelut untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat walaupun setelah enam dekad pembentukan Malaysia.
Beliau berkata, konsep perpaduan sepatutnya menjadi satu aspek yang wajib disemai dalam masyarakat namun kewujudan Kementerian Perpaduan Negara memberi anggapan sebaliknya.
Iklan
Iklan
"Kita sepatutnya sangat gembira meraikan sesuatu yang telah kita wujudkan (perpaduan) 60 tahun lalu sebagai sebuah negara.
"Namun, jika bertanya kepada saya, terlalu banyak perkara yang bercelaru. Saya perlu berterus terang dengan masalah ini kerana menjangkakan bahawa Malaysia sekarang tidak perlu bergelut dengan konsep perpaduan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika podcast khas dengan Bual Studio dan Reka Sounds untuk Merdeka dan Hari Malaysia bertajuk 'Dari Malaya ke Malaysia: 60 Tahun' pada Jumaat.
Tambah Nanta, wacana negara sepatutnya berkisar mengenai kekuatan perpaduan bagi memastikan semua bangsa sentiasa mengamalkan semangat kekitaan supaya kemakmuran dan keamanan Malaysia terjamin.
Iklan
"Bagaimanapun, saya tidak berputus asa kerana memikirkan masih banyak ruang yang boleh kita perbaiki untuk memastikan negara bersatu sepenuhnya.
"Di Sarawak, kita dikenali sebagai sebuah negeri yang harmoni dan dianggap sebagai contoh.
"Saya rasa bangga selain perlu belajar dan memerhati keadaan keseluruhan negara, lebih-lebih lagi sekarang, kita perlu bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian," ujarnya.
Justeru, beliau meminta kerajaan dan pemimpin memberi tumpuan terhadap isu yang lebih penting seperti membangunkan negeri, kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat.
Jelasnya, terdapat pembangunan di Sarawak masih belum siap pelaksanaan walaupun telah berpuluh tahun lamanya.
"Kita memang ada pembangunan fizikal tetapi ia tidak mencukupi, sebab itu kita akan mendengar perkara yang sama daripada pembangkang dan kerajaan.
"Kami memerlukan lebih banyak jalan raya, kemudahan pendidikan dan perubatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>