Hari Kebangsaan: Putera Mahkota Arab Saudi utus ucapan tahniah kepada Agong

Iklan
Putera Mohammed bin Salman - Foto AFP

JEDDAH - Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud mengutus ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melambai tangan sebelum berangkat pulang selepas sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada Khamis. - Foto Bernama

Putera Mahkota mendoakan kesihatan dan kebahagiaan baginda dan agar kerajaan serta rakyat Malaysia terus maju dan sejahtera, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 pada 31 Ogos. - Bernama-SPA