Selesa dengan kesenangan, orang muda kurang minat politik - Tun M
Iklan
Dr Mahathir - Foto fail Bernama
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kekurangan minat generasi muda terhadap politik adalah kerana golongan itu terlalu selesa dengan kesenangan yang dikecapi ketika ini.
"Bila selesa, mereka terima sahaja apa yang ada di sekeliling mereka, tetapi kita mesti sedarkan anak muda bahawa pada masa akan datang, mungkin apa yang ada sekarang tidak akan sama,” katanya ketika menjadi panelis pada program Minggu Negarawan bertajuk Peradaban dan Sosiologi sempena Bulan Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Dr Mahathir berkata, generasi muda perlu mengambil tahu tentang sejarah perjuangan generasi terdahulu bagi menghadiahkan sebuah negara merdeka dan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian yang turut menjadi panelis program berkenaan berkata, perpecahan dalam masyarakat akibat perbezaan politik merupakan suatu perkara yang tidak sihat dan perlu diatasi segera dengan mencari titik persamaan sebagai bahan pemulih.
Iklan
"Ini untuk kekalkan perpaduan dan perlu dirawat segera demi kepentingan negara. Kita kena pertahan keamanan dan keselamatan negara,” katanya.
Ditemui pemberita kemudian, Dr Mahathir berkata, beliau memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kenyataannya didakwa berunsur penghinaan terhadap institusi diraja seperti yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lepas.
Iklan
Dr Mahathir berkata, beliau telah memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur semalam.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan pihaknya telah merakam keterangan Dr Mahathir dan memaklumkan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.