UMNO dakwa penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan
Iklan
Kenyataa Asyraf Wajdi mengenai penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Najib.
SHAH ALAM – UMNO mendakwa tindakan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menularkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan itu bertujuan mencetuskan perdebatan serta polemik bagi mempersoalkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya memandang serius dan amat kesal dengan tindakan Tony Pua memuat naik dokumen berkenaan menerusi akaun Facebook beliau.
Menurutnya, kuasa pengampunan, pengurangan dan melegakan hukuman merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
Justeru, katanya, segala urusan dan dokumen berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan sewajarnya diuruskan dengan penuh cermat, kerahsiaan serta penghormatan terhadap kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong.
"Persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah penyahklasifikasian dan pendedahan minit mesyuarat tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?
Iklan
"Walaupun terdapat proses penyahklasifikasian dokumen, UMNO berpandangan perkara yang menyentuh secara langsung prosiding Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda sewajarnya terlebih dahulu dirujuk kepada Baginda bagi mendapatkan perkenan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Asyraf Wajdi turut mendakwa Tony Pua berterusan memperalatkan prosiding pengampunan diraja sebagai bahan perbalahan politik dan tidak menghormati kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.
Sehubungan itu, UMNO mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit mesyuarat berkenaan, termasuk sama ada perkenan Yang di-Pertuan Agong telah diperoleh.
"Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan tegas perlu segera diambil bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemelut MB Negeri Sembilan: Ahmad Zahid tunggu tarikh menghadap Tunku Muhriz"><meta itemprop="description" content="Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan masih menunggu titah daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menghadap bagi mempersembahkan nama calon Menteri Besar yang baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan warkah berhubung perkara itu sudah diutuskan kepada pihak istana, namun setakat ini masih belum menerima sebarang titah untuk menghadap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805160/berita/politik/kemelut-mb-negeri-sembilan-ahmad-zahid-tunggu-tarikh-menghadap-tunku-muhriz
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #MbN9 #ZahidHamidi #Umno #krisisN9"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-18T09:10:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h19J61g_Mk6AFQDHp/x1080"><meta itemprop="duration" content="P63S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbxoz46"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbxoz46"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbxoz46"></script>