KPDN Selangor lupus barang rampasan bernilai RM1.7 juta
Iklan
Mohd Zuhairi menggelek barangan yang dirampas dalam Program Pelupusan Eksibit Perdana 2023 di Stor Eksibit Bukit Raja, Shah Alam di sini pada Selasa.
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor melupuskan ribuan barangan bernilai RM1.7 juta melibatkan 50 kes sejak 2013 lalu.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, kesemua barangan rampasan itu melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Cap Dagang 2019.
Iklan
Iklan
"Antara barangan yang dilupuskan melibatkan barangan motosikal terdiri daripada kusyen dan ekzos, peralatan komputer, produk kecantikan, produk kesihatan, aksesori telefon, pakaian dan peralatan yang digunakan semasa aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Mohd Zuhairi (tiga darikiri) menggunting barangan dipercayai tiruan.
"Pelupusan yang dijalankan di stor eksibit Bukit Raja, Shah Alam ini adalah terbesar yang dijalankan pada tahun ini dan ia dilupuskan selepas mendapat arahan oleh mahkamah," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Pelupusan Eksibit Perdana 2023 yang dijalankan di Stor Eksibit Bukit Raja, Shah Alam di sini pada Selasa.
Katanya, antara jenis kesalahan serta tindakan kes yang terlibat dalam pelupusan ini melibatkan penjualan barangan tiruan, penyelewengan barang subsidi, hak cipta dan pelbagai kesalahan.
Iklan
"Keseluruhan 50 kes ini telah melibatkan siasatan yang telah selesai dan tujuh daripadanya telah dijatuhkan hukum serta mendapat kebenaran mahkamah untuk dilupuskan selaras dengan peruntukan undang-undang," katanya.
Menurutnya, program ini turut dihadiri wakil Bahagian Integriti bersama Seksyen Pengurusan Eksibit Ibu Pejabat KPDN Putrajaya.
"Selain itu, pelupusan ini turut dihadiri wakil cap dagang daripada pelbagai syarikat yang mana mereka menyaksikan sendiri pelupusan ini dijalankan.
"Kehadiran wakil cap dagang memberi isyarat tentang komitmen dan pengurusan efektif KPDN Selangor dalam ketelusan ketika melaksanakan pelupusan kesemua barangan ini," katanya.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang perniagaan yang ditetapkan kementerian dan tidak melanggar undang-undang membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan tindakan.
"Sebarang perlakuan yang melanggar mana-mana peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan, KPDN tidak akan berkompromi dan boleh mengenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.
"KPDN Selangor menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN," katanya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi