Jalur Gemilang lukisan tangan 201.2m semarak merdeka di UMK
Iklan
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuat Jalur Gemilang lukisan tangan sepanjang 201. 2 meter (m) sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 pada Ahad.
Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak berkata, bendera yang dicat tangan itu disertai semua 28 kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UMK dan mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.