PH perlu warta segera anggota Kabinet: Rais
Iklan
Rais - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pewartaan jawatan menteri Kabinet perlu dilakukan segera supaya tidak menimbulkan masalah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bekas Menteri Kabinet dan penulis buku mengenai Kabinet Malaysia, Tan Sri Rais Yatim berkata, masalah yang mungkin timbul ialah berlaku pertindihan kuasa antara kementerian.
Iklan
Iklan
"Kita tidak mahu apabila ada perkara yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang menteri, nanti ada menteri lain pula yang buat.
"Jadi pertindihan tugas atau kuasa boleh berlaku jika tugas tidak dinyatakan di bawah peruntukan Akta Fungsi Menteri-Menteri 1969,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Iklan
Sementara itu ditanya mengenai kesan tidak mewartakan jawatan tersebut, Rais berkata, semua anggota Kabinet masih boleh mendapat gaji seperti biasa dan segala arahan yang dikeluarkan adalah sah.
"Tetapi adalah satu kelalaian tidak mewartakan jawatan menteri. Mungkin ini berlaku kerana pertukaran Peguam Negara atau pihak yang sepatutnya menguruskan perkara ini adalah kerajaan baharu,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>