Kabinet lulus dasar gaji progresif - Rafizi

Iklan
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Dasar sistem gaji progresif telah diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sistem itu dijangka akan dilaksanakan pada April atau Mei tahun depan dan atas alasan itu dasar tersebut perlu dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, kami akan menterjemahkannya kepada komitmen kewangan yang kerajaan perlu lakukan dan kami akan melalui proses belanjawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Program Kepimpinan Digital Eksekutif pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada pembangunan negeri dalam belanjawan tersebut sebagai usaha untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia.

"Kita ada tiga kategori, satu yang telah diberi keutamaan (Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis); kedua ialah negeri-negeri dengan pertumbuhan yang mempunyai kemajuan ekonomi sendiri tanpa banyak suntikan daripada Kerajaan Persekutuan (Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); ketiga ialah negeri yang berada di tengah-tengah (Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka).

Iklan

"Ini juga perubahan yang kita perhalusi kerana kita juga perlu berlaku adil kepada negeri-negeri tertentu seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Belanjawan 2024 telah dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen pada 13 Oktober - Bernama