Giliran Sakinah luah perasaan

Iklan
Nad Zainal dan Sharifah Sakinah

KEMELUT membabitkan pelakon Nad Zainal dengan rakan seindustri seperti Sherry Alhadad dan Nabila Huda kembali menjadi perhatian.

Jika Nabila memberikan komen berbaur sarkastik semalam, Sharifah Sakinah pula tidak lagi berselindung dan memilih untuk meluahkan apa yang dirasa berkaitan bekas kawan baiknya itu.

Iklan
Iklan

"Dah boleh delete (padam) hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain (akhirat). Di situ tiada radar.

"Berkata-katalah dari dalam hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsistik, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir anda,” tulisnya.

Iklan

Hantaran Sarifah Sakinah di laman sosial.


"Mari kita ketuk pintu yang sama, membawa amin paling serius seluruh dunia. Kepada kesayangan saya, Nanad (panggilan buat Nad), awak kuat, awak istimewa dan penyayang.

"Kami semua di sini mendoakan untuk awak dengan penuh harapan dan menunggu. Awak dalam perjuangan ketika kami semua teruskan berdoa,” coretnya.

Iklan

Isu bermasam muka antara Nad dan beberapa orang sahabatnya menjadi bualan selepas pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu pulih daripada koma sebelum berkahwin buat kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Nad dalam satu temu bual menafikan bermasam muka dengan rakan seindustri.