Genap setahun Najib di tirai besi

Iklan
Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun. - Gambar Facebook NAJIB RAZAK

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pada tarikh hari ini (23 Ogos) pada tahun lalu, sejarah negara merekodkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri pertama yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Perdana Menteri keenam yang berusia 69 tahun ketika itu didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Ingatan setahun di penjara dimuat naik oleh pentadbir akaun Facebook Najib hari ini.

Hantaran berkenaan juga memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib dengan memberi tumpuan pada ibadah.

Iklan

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Sementara, dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Genap setahun Najib dipenjara

Najib diperintah jalani hukuman penjara

Iklan